CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 26 Julai 2011

Seindah Hayalan ( SH ) 2

``Ad aku balik dulu,kau jangan balik lewat sangat ingat mak kau tu tak berapa sihat’’ sempat Kyira berpesan sebelum mendapatkan basikal tuanya.

``Ya la cik muda Kyira,aku ni bukan macam kau datang lewat baliknya awal cuba contohi aku ni.’’Fuad bermegah sendiri.

``piiiraaaaa! Angkatla diri kau tu sendiri tak kuasa aku,kau lain Ad aku ni perempuan kau tu lelaki tak sama tau,kau balik lewat pun tak ada yang nak di risaukan kalau aku jangan cakap la kau tak kenal lagi ummie aku tu.’’

``Mak cik Ayisah pula kau salahkan apa punya anak la kau ni Kyira.Aku tengok ummie kau tu ok aja kau tu saja yang ada yang tak kena,perempuan konon tak ada pun aku tengok macam perempuan nampak macam aku adalah.’’Fuad tergelak

``Jantina-jantina jangan main beb aku kung fu kau karang tak pasal-pasal si Nasuha jadi balu.Dengar sini Ad,aku ada alasan sendiri tau jadi macam ni,kau ingat aku nak sangat ke macam ni selamanya sorry beb! Aku masih ingat hukum tau.Arhh!! da la malas nak layan kau ni Ad,lagi lama aku dekat sini lagi banyak masa aku
terbuang,aku blah dulu sebelum aku dapat panggilan…..ha! kan betul apa aku cakap.’’

``Ya ummie Kyira nak balik da ni,jumpa dekat rumah assalamualaikum’’panggilan terus dimatikan,keluhan kecil di lepaskan,``Ad aku balik dulu.’’ Kyira membetulkan Cap yang sememangnya tersarung kemas sebelum meninggalkan Fuad yang masih berdiri tegak melihat Kyira yang sudah berlalu pergi.

``Kyira..Kyira entah bila masa pula aku kawin dengan sahabat kau Nasuha tu,sesedap hati kau saja doakan dia jadi balu,malang..malang Suha sayang kita dapat Kawan macam si Kyira tu,tak apa janji aku sayang Suha seorang.’’ujar Fuad perlahan saja disusuli dengan sengehan panjang.

Kayuhan ku gandakan,terngiah-ngiah ceramah ummie seminggu lepas.``Kalau sudah namanya perempuan tu tak payahla nak jadi lelaki,tak payah nak tukar-tukar sebab sampai bila-bila pun tak ada yang berubahnya.’’ Pedas telinganya mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut puan Ayisah.

Dummmm!!!!!!!!!!!!!!!!! Arghhh!!! Mak aiii sakitnya,aku cuba berdiri terasa kebas pula di beberapa bahagian badan.``Alien mana pula yang aku take over ni,’’ sekali lagi aku cuba untuk berdiri sebelum ada tangan yang menghulur.

Aku hanya merenung lelaki di depanku,huluran tangannya aku biarkan saja tidak bersambut.Seperti mengerti apa yang aku fikirkan akhirnya dia menarik semula tangannya dan mencengkung sedikit sebelum menarik kedua tanganku untuk berdiri.

Jauh meleset sangkaanku sebentar tadi,kalaulah aku tahu dia akan menarikku seperti itu sumpah aku terajang-terajang mamat tak faham-faham ni.Namun permohonan maafnya menggelikan hatiku.

``Maaf bro aku tak sengaja,biar aku hantar kau pergi klinik susah juga ni biarkan kau dalam keadaan macam ni.’’ Adam fahmi merenung lama wajah terkejut di depannya.

``Tak apa sikit aja ni bukan sakit mana pun,aku cau dulu la bro.’’ Kyira memecut laju takut juga lelaki itu perasan yang dia sebenarnya seorang wanita.

Fahmi terkedu melihat pecutan berani mati itu,``tak padan dengan sakit’’ bisiknya dalam hati sebelum kembali semula ke kereta hitam matelic di bahu jalan.

Suprise!!! Lagu happy birthday bergema memenuhi ruang rumah ketika Kyira melangkah masuk.Kek coklat yang berada di atas meja di pandang tanpa riak.Sakit disebabkan kemalangan kecil tadi mula berdenyut.

``Kyira kenapa ni?apasal banyak luka?’’ Sera dan Nasuha mendapatkan Kyira yang sudah membaringkan dirinya di atas sofa sederhana besar di ruang kecil itu.Puan Aisyah juga kelihatan cemas melihat keadaan Kyira yang hanya mendiamkan diri tanpa mahu menerangkan apa yang berlaku pada dirinya.

``Kemalangan kecil aja tadi tak ada yang nak dirisaukan pun,terima kasih ya ingat hari jadi Kyira.’’ Kyira hanya tersenyum kelat,bukan niatnya mahu mengecilkan hati tiga insan yang berada didepannya ketika ini.Sungguh dia terasa sangat letih hari ini,usaha keluarga dan sahabatnya itu sangatlah dihargai bukan senang mahu menyediakan parti hari jadi walaupun hanya seringkas ini dia tetap bersyukur dengan apa yang ada.

``Maaf ya Kyira nak rehat sekejap,penat sangat ni selamat malam’’ Kyira bangun dan masuk ke kamar tidurnya.

Tiga pasang mata hanya membisu,``Suha jom la makan mesti Suha da laparkan?’’ Sera bersuara tidak mahu keadaan terus sunyi diantara mereka.

``Ummie nak pergi tengok Kyira sekejap kamu makan la dulu’’ puan Ayisah berlalu menuju ke bilik anak bongsunya.

``Kyira da tidur nak?’’Puan Ayisah mengambil tempat di sisi anaknya,rambut Kyira yang pendek itu di belai lembut.Kyira tetap kaku dengan mata terpejam.Perlahan-lahan tangan Kyira diangkat, luka sebesar duit syiling 20 sen di siku kirinya itu dipandang sayu.Puan Ayisah meninggalkan Kyira sebelum masuk semula bersama sebotol ubat gamat.

Berhati-hati tangan tua itu membersihkan luka di siku anaknya dan menyapu sedikit ubat gamat yang di bawa bersama,mengharap luka itu akan sembuh dengan cepat.Dalam kesayuan puan Ayisah sempat mengucapkan selamat hari jadi yang ke 19 buat si bongsu.Beberapa minit kemudian pintu bilik ditutup rapat.Suasana bilik ketika itu kembali sunyi,Kyira mula membuka mata semula.``maafkan Kyira ummie,Kyira Cuma tak mahu menyusahkan siapa-siapa baik ummie,kak Sera dan Suha.’’Kyira sebak sendiri mengenangkan keperhatinan Ummienya sebentar tadi. Akhirnya dia terlelap juga mungkin terlalu keletihan dengan beban kerja yang tidak pernah ada noktahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan