CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 24 Julai 2011

Seindah Hayalan ( SH ) 1

Tahun ini umurku genap 19 tahun.

Morning ummie ,em baba mana tak sarapan sekali ke?aku mengambil tempat dan mencapai cawan yang di hulurkan oleh ibu tersayang.

Tengah bersiap lagi agaknya sekejap lagi turunlah tu,yang kamu ni mimpi apa bangun awal?selalunya matahari tegak atas kepala pun masih liat nak bangun’’ Datin Aisyah Safura memandang si bongsu pelik.

Hari ini kan nak mendaftar masuk kolej,apalah ummie ini lupa la tu,kyra sudah muncung mendengar sindiran ummienya.

Mana boleh ummie kamu ni lupa sayang,dari malam tadi asyik benda yang sama saja nak ingatkan baba yang kamu tu nak mendaftar kat sekolah tinggi,Dato syahkir yang sedang menuju ke meja makan tersenyum memandang si isteri yang sedang tekun menuang air ke dalam cawan.

Twins sister tak bangun lagi ke?Dato syahkir menyoal..
Haiii!!! Selamat pagi semua,kedengaran dua suara bergema serentak memenuhi ruang villa cinta Abadi.Baru sebut dah muncul’’Dato’ syahkir menggeleng

Aku hanya tersenyum melihat gelagat kakak kembar ku yang sudah mengambil tempat masing-masing.Begitula rutin pagi mereka pasti riuh bila si kembar sudah celik matanya.

Adik da usai sarapan ke?’’Azry yang tiba-tiba muncul mengejutkan aku dari meneruskan niat menjama kesemua sarapan pada pagi itu.

Along jap ek,aku menenguk rakus teh O suam yang masih penuh.Along tak sarapan sekali?A’ara menjeling alongnya.

Tak pe la A’ara,along dah lambat nanti along brekfest dekat luar aja.Terkedek-kedek aku mengangkat beg besar masuk ke dalam bonet kereta abang kesayanganku.Along asal tak muat ni,hisss!! Nama aja kereta mahal,beg sebesar ni pun tak boleh masuk,aku merungut sendiri.

Ha! Mula la tu nak menyumpah kereta along kan?’’yang kyira pun satu,tak nak balik rumah dah ke dengan beg sebesar ni nak diangkut ke hostel?

Aku menggaru kepala yang tidak gatal,besar ke beg aku sempat juga aku membelek-belek beg yang sudah berada di dalam bonet kereta mercedec benz kesyangan alongnya.

Pintu gerbang setinggi 10 kaki dari paras bumi ku pandang lama.Along sudah berlalu pergi ada urusan penting katanya.kena berdikari la lepas ni aku mengeluh sambil melapasi gerbang besar di depanku.

No 27,no bilik blog srikandi perlu ku cari segera,ketidakselesaan sudah ku rasai ..kedebukkk!!! aduh aku menggosok punggung yang kebas dek hentakan yang kuat.

aduhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku membuka mata perlahan-lahan,lah mimpi rupanya,aku merangkak naik ke katil semula dan perlahan menutup mata menyambung mimpi yang terganggu,namun jeritan ummie yang bak halilintar terus menegakkan badanku dari katil bercadar lesu ini.

Ya ummie kyira da bangun jeritku setanding suara puan Aisyah''kacau daun betul la ummie ni omelku''.Aku tersenyum sendiri,ummie jadi Datin? Tuala biru tua ku tarik sebelum berlalu keluar dari bilik kecilku ini.

Jens biru lesu aku padankan dengan T-Shirt putih seperti selalunya,selalunya??? aku tergelak sendiri,dalam almari buruk aku tu ini sajala yang ada jens lesu ngan t-shirt.Kalau anak datin mana-mana datang tumpang rumah aku kompom aku nyorok bawa katil,nak tau sebab apa? sebabnya aku takut kena kutuk beb huh!!sempat juga aku mengutuk diri sendiri.

Kerusi kayu ku tarik kasar,di atas meja makan hanya ada kopi 0 dengan sepinggan biskut kering.Ini saja yang ada kak Sera? sempat aku membetulkan kedudukan cap nike di kepalaku sebelum meneguk rakus kopi yang sudah suam-suam kuku itu.

''Kyira macam tak biasa pla sarapan kilat macam ni'' Jawab sera perlahan tidak mahu ummienya berkecil hati mendengar perbualan mereka adik beradik.

Aku hanya tersenggeh mendengar jawapan tulus kakak kesayangan ku.''Kak Sera akak rasa kita ada adik beradik lain tak?'' persoalan yang bermain di mindaku sejak berapa bulan lepas ku suarakan juga.

Sera tergelak mendengar pertanyaanku.''pelik la Kyira sekarang ni,bulan lalu tanya sapa Azry and Datuk sya...sya apa? ntah apa-apa,minggu lalu pula tanya kak Sera ni ada kembar ke tak skrang pla tanya kita ada adik beradik lain ke tak''.Apa kena Kyira sebenarnya ni?Kyira ada masalah ke dik? bertubih-tubih pertanyaan daripada mulut comel Sera.

Ala kak Sera ni,Kyira tanya enam perkataan aja yang akak jawab berpuluh-puluh patah perkataan tu kenapa? Kyira cuma nak dengar YA atau Tak tu saja.Aku menggeleng-geleng tanda kecewa dengan jawpan yang tidak memuaskan hati itu,beg adidas ku galas ingin berlalu.

Adik nak gerak da ke?ada duit? Seperti selalu Sera pasti bertanyakan kebajikanku.

Pantas aku menoleh kebelakang semula,sengehan ku menjawab pertanyaan kak Sera yang sudah menghulurkan dua not Rm 50.Terima Kasih kak Sera,ni yang buat Kyira tambah-tambah sayang ngan kak Sera ni aku mencium pipinya dan terus berlalu keluar.Sempat juga telinga ku menangkap kata-kata kak Sera '' ya la tu tambah sayang balik nanti jangan lupa murtabak jawa satu''.Aku hanya menganggkat tangan sebagai isyarat OK.

''Miss Kyira sekarang dah jam berapa?''wajah bengis sir Chow ku pandang lemah.Mimpi apa pula kamu malam tadi? sir Chow cuba membesarkan matanya yang sememangnya sepet tu.

Sorry la sir hari ni saya mimpi lain tu yang lambat bangun,saya mimpi yang saya ni rupanya...belum sempat aku menyambung cerita,Sir Chow akhirnya terlebih dahulu menyuruh aku memulakan kerjaku hari ini.

banyak kereta hari ni Ad aku menyiku Fuad yang kyusyuk mengeluarkan part-part kereta.Sempat juga ku jeling kereta yang sedang dimusnahkan oleh rakan sekerja ku ini.Kereta siapa pula yang kau musnahkan ni Ad aku membelek-belek kereta mercedec benz hitam di depanku.Macam pernah ku lihat tapi di mana ya?aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Ntah anak datuk mana yang hantar kat workshop bos ni,menyusahkan aku ada.
''Kereta mahal ni beb ketar-ketar aku nak buka part-part penting ni'' yang kau ni masih tecegat kat depan mangsa aku ni kenapa? da naik pangkat ke jadi penyelia aku? Fuad memandangku pelik.

kang sampai juga tayar Vigo tu dalam mulut kau Ad...jangan main-main,da la kakak kesayangan aku cakap aku pelik pagi tadi lepas tu bos pun pandang aku pelik juga sekarang kau pula ikut tabiat bos,hah! jangan besarkan mata kau yang memang sedia besar tu takut aku tak tersambut kalau jatuh tersembul nanti.

kau ni Kyira punya la cantik mata aku ni kau kutuk habis,hello kalau tak kerana mata aku ni tak adanya kawan baik kau nasuha tu jatuh hati kat aku tau?

Dah la Ad tu saja la modal kau kan,malas aku nak layan kau aku nak kerjakan mangsa aku semalam ntah-ntah da tahap kriktikal menunggu aku nak betulkan.

Fuad hanya menggeleng,tak berubah-rubah ada pula kereta yang hampir siap dibaiki dikatakan kriktikal,nasib kau la kereta dapat pemangsa macam Kyira tu.Fuad membebel sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan